Membeli dan menyewa?, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Anda mungkin akan menghadapi risiko kebankrapan jika anda tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk membayar pinjaman gadai janji anda.
pilihan yang terbik adalah berdasarkan kemampuan individu tersebut.
Untuk membeli ataupun menyewa rumah sebenarnya perlu ditentukan dari segi kemampuan kewangan sendiri dan juga dari segi gaya hidup. Anda tidak perlu terburu-buru membeli sebuah rumah kerana keluarga atau rakan anda menyuruh kamu untuk membeli.
Jadual dibawah menunjukkan faedah dan juga perbelanjaan yang diperlukan untuk membeli atau menyewa rumah. Jadual ini boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi anda untuk mengetahui pilihan apakah yang terbaik untuk situasi anda:
KEBAIKAN MEMBELI:
- Kelegaan Mempunyai Rumah Tetap
- Anda dan keluarga anda akan mempunyai tempat untuk menduduk selepas bersara
- Sebagai Aset Pelaburan
- Anda bolehlah menyewa rumah sebagai sumber pendapatan asing
- Kebebasan Atas Harta
- Anda mempunyai kebebasan untuk ubah suai dan menghias semula rumah anda mengikut kesukaan anda.
KEBAIKAN MEMYEWA :
- Sewa Bulanan Lebih Rendah
- Anda akan memiliki lebih banyak duit perbelanjaan untuk menyimpan ataupun untuk melabur
- Kontrak Mempunyai Jangka Masa Yang Pendek Dan Risiko Rendah
- Anda boleh memilih untuk menamatkan kontrak anda jika anda ingin tinggal di tempat lain ataupun apabila anda menghadapi masalah kewangan
- Tidak Perlu Bertanggungjawab Untuk Menjaga Rumah Sewa
- Tuan rumah anda akan mengendalikan sebarang pembaikan di rumah sewa anda.
Kesimpulannya, individu yang bersedia untuk membei rumah adalah jika dia berkemampuan untuk membayar balik pinjaman untuk suatu masa yang panjang. Selain itu, mampu membayar bayaran duit muka yang tinggi dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil. akhir sekali, selesa untuk tinggal di satu lokasi sahaja