ZPROP Group | Maxxan Realty E(1)1766/2 Buy | Sell | Rent | Auction | Recruitment

EXCLUSIVE AGENCY

Satu bentuk perjanjian dimana pemilih hartanah memberi kebenaran kepada hanya satu ejen hartanah sahaja untuk menjual hartanah beliau.

SOLE AGENCY

Hampir sama dengan exclusive agent tapi pemilik hartanah dibenarkan untuk menjual hartanah tersebut sendiri dan berhak untuk tidak membayar ejen sekiranya pemilik hartanah tersebut menjualnya.

SOLE JOINT AGENCY

Ejen bekerjasama dengan pemilik hartanah secara aktif dan fi ejen dibayar mengikut perjanjian yang ditetapkan.

JOINT AGENCY

Lebih dari satu ejen dan sesiapa yang berjaya menjual hartanah tersebut, dia akan dibayar fi.

ADHOC/OPEN LISTING

Beberapa ejen ‘unlimited’ dilantik oleh pemilik hartanah sekaligus. Ejen yang berjaya mnejual hartanah tersebut , dialah yang akan mendapat komisyen/fi.

KELEBIHAN EXCLUSIVE AGENT DALAM HARTANAH

HARGA BOLEH DIKAWAL

  • Pemilik hartanah boleh mengawal harga.
  • pemilik hartanah berurusan dengan seorang ejen sahaja dan urusan lebih mudah.

PRIVACY

Perbualan hanya bersama dengan ejen maka ‘privacy’ pemilik hartanah akan terjaga.

jika ada penawaran dari saudara-saudara boleh terus berurusan dengan ejen yang dilantik.

JIMAT MASA

Pemilik hartanah hanya berurusan dengan seorang ejen hartanah sahaja. Namun Ejen hartanah yang dilantik boleh berkongsi listing dengan Ejen hartanah yang lain (ini panggil Co-Agency).

KOS PENGIKLANAN

Ejen hartanah sanggup untuk melabur lebih dalam kos pengiklanan bagi memastikan hartanah yang diamanahkan dapat dijual.

FOLLOW UP

Memudahkan pemilik hartanah untuk membuat susulan dengan ejen hartanah :

  • Mengenai medium pengiklanan yang digunakan.
  • Mendapatkan maklumat mengenai strategi yang dijalankan.
  • Kos pengiklanan yang diperuntukkan
  • Mendapatkan info terkini mengenai prospek yang berminat mengenai hartanah tersebut.