Your number 1 Property Specialist Team in Melaka Excellent Team. Outstanding Result. ZProp Team menyediakan Khidmat Perunding Hartanah No.1 Di Melaka.

ANDA BERMINAT DENGAN HARTANAH LELONG DI MELAKA?

KLIK LINK INI
» https://tinyurl.com/SayaBerminatNakBeliRumahLelong

WHATSAPP GROUP
» https://tinyurl.com/GroupRumahLelongMelaka

KLIK LINK INI UNTUK DOWNLOAD SENARAI RUMAH LELONG MELAKA TERKINI

Soalan Lazim Berkaitan Rumah Lelong

Apa itu rumah Lelong?

Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama
ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).

Kenapa rumah dilelong?

Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank.

Perlukah saya mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?:

YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5% – 10% (mengikut terma POS) dari harga rizab rumah tersebut dalam
bentuk Bank Draft dan dibayar kepada pihak bank yang melelong.

Apa itu harga rizab (Reserve Price)?

Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah atau rumah lelongyang dijual oleh pihak bank
dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh, pelelong akan memulakan proses pembidaan dengan harga yang tidak kurang
atau sama dengan harga rizab yang telah disyaratkan dalam POS (Perisytiharan Jualan).

Adakah saya perlu memberi membayar “Agent Fee” untuk urusan rumah lelong tersebut?

YA. Mengikut caj professional yang telah dipersetujui.

Apakah kos peguam yang perlu saya bayar jika berjaya membeli rumah tersebut?

Kos yang perlu anda bayar adalah seperti Fee Peguam, Harga Duti Setem (Duty Stamping), Akuan Bersumpah, Adjudication
Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain.

Jika saya tidak berjaya membeli rumah lelong tersebut bagaimana dengan Bank Draft?

Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Bank Draft akan dipulangkan dan anda boleh tunaikan semula
dengan pihak bank yang mengeluarkannya.

Untuk kakitangan kerajaan bolehkah untuk membeli rumah lelong tersebut?

Boleh. Tetapi pinjaman dengan hanya bank konversional biasa, bukan dari penbendaharaan.

Saya mempunyai rumah berharga RM 150,000 bolehkah saya membeli sebuah rumah lagi yang berharga RM 150,000 ke bawah?

YA. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Tetapi pastikan tahap kelayakan status pinjaman
dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong.

Bagaimana dengan cukai pintu, cukai harta serta bil-bil utiliti lain?

Cukai pintu, cukai harta akan dibayar oleh pihak bank kepada rumah tersebut sehingga tarikh rumah dibeli oleh pemilik baru. Akan tetapi bil-bil lain seperti air, elektrik, kos selengaraan rumah dibayar oleh pemilik baru.

Bagaimana dengan keadaan rumah lelong tersebut ?

Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari kawasan sekitar dan rumah lelong dijual seperti sedia maklum berdasarkan “seperti sedia ada” dan dinasihatkan juga jika rumah tersebut masih berpenghuni, fikirkan juga dengan perasaan dan emosi pemilik asal untuk anda tidak menanyakan sebarang soalan. Dalam hal ini pihak bank tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anda. Dan pihak bank tidak mempunyai kunci rumah tersebut sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci.

Saya Berminat untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?

Selepas anda melihat rumah tersebut dan berminat untuk membeli, sila menghubungi kami ZPROP TEAM di talian: 0197775707 (Razi) / 0126341542 (Farhan) untuk urusan Bank Draft dan surat wakil.

INGIN JUAL RUMAH DI MELAKA?

Kami ZPROP TEAM ialah Perunding Hartanah dari IM GLOBAL PROPERTY CONSULTANT(MELAKA) yang berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia yang sah dan berpengalaman ingin membantu anda dalam urusan jual beli rumah anda. Maklumat Lanjut, Sila Hubungi (ZPROP TEAM):

Razi (REN 21181) Phone : 0197775707  WhatsApp : https://bit.ly/RaziZPROP
Farhan (REN 21182) Phone : 0126341542  WhatsApp : https://bit.ly/FarhanZPROP
Nizam (REN 21167) Phone : 01113379522  WhatsApp : https://bit.ly/NizamZPROP

Hubungi Kami
X