Your number 1 Property Specialist Team in Melaka Excellent Team. Outstanding Result. ZProp Team menyediakan Khidmat Perunding Hartanah No.1 Di Melaka.

SKIM PEMBIAYAAN RUMAH PERTAMA MAMPU MILIK TERKINI 2019

5 Skim Pembiayaan Rumah Pertama :
① Skim Dana Rumah Mampu Milik
② Skim Dana Rumah Mampu Milik 2
③ Skim Rumah Pertamaku
④ Skim Perumahan Belia BSN
⑤ Skim Jaminan Kredit Perumahan

1- Skim Dana Rumah Mampu Milik

 Diperkenalkan dalam Bajet 2019
 Peruntukkan RM1 billion kepada 5 bank penyedia skim : Maybank, CIMB, RHB, BSN dan Ambank
 Bermula dari 2 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020 atau sehingga dana dihabiskan
 Kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Pembelian hartanah pertama
• Pendapatan isi rumah bulanan maksimum RM2,300
• Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu (CCRIS)
 Harga hartanah sehingga RM150,000
 Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful (100% + 10%)
 Jenis hartanah : kediaman di pasaran pertama sahaja (undercons, hartanah siap dari pemaju)
 Kadar pembiayaan : sehingga 3.5% setahun (kadar tetap) sepanjang tempoh pembiayaan
 Tempoh pembiayaan : sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (mana yang terdahulu)
 Tempoh lock-in period pembiayaan 5 tahun dan 2% penalti keluar/selesai awal dikenakan
 Moratorium penjualan hartanah : 5 tahun
 Pemohon wajib mengikuti modul kewangan oleh AKPK secara atas talian
 Tiada yuran pemprosesan pembiayaan
 Pengecualian duti setem perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman
 Kadar yang berpatutan untuk pelindungan gadai janji

2- Skim Dana Rumah Mampu Milik 2

 Diperlihatkan dalam Bajet 2019
 Peruntukkan RM25 juta kepada bank terpilih melalui Cagamas Berhad
 Bermula dari 2 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020 atau sehingga dana dihabiskan
 Kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Pembelian hartanah pertama
• Pendapatan isi rumah bulanan maksimum RM5,000
• Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri (cukai pendapatan maksimum RM60,000 setahun)
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu (CCRIS)
 Harga hartanah sehingga RM300,000
 Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful (100% + 10%)
 Jenis hartanah : kediaman di pasaran pertama dan kedua (undercons, hartanah siap dari pemaju, hartanah dari pemilik/subsale)
 Kadar pembiayaan : mengikut Kadar Asas (BR) + spread semasa setiap bank (4.5% ke atas)
 Tempoh pembiayaan : sehingga 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun (mana yang terdahulu)
 Tempoh lock-in period pembiayaan 5 tahun dan 2% penalti keluar / selesai awal dikenakan
 Moratorium penjualan hartanah : Tidak pasti (jika ada mungkin 5 tahun)
 Hartanah hendaklah disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

* Info untuk skim ini masih belum dimuktamadkan. Sebarang perubahan tertakluk oleh BNM.

3- Skim Rumah Pertamaku

 Diperkenalkan sejak Bajet 2011
 Disediakan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kewangan (Cagamas Berhad) dan bank-bank terpilih (14 buah)
 Kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Pembelian rumah pertama
• Berumur tidak melebihi 40 tahun
• Pendapatan bulanan individu maksimum RM5,000 atau isi rumah maksimum RM10,000 (had RM5,000 setiap individu)
• Pekerja swasta termasuk badan berkanun yang tiada kemudahan pembiayaan perumahan kerajaan sahaja
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu (CCRIS)
• Had Kadar Komitmen Terhadap Gaji Bersih (DSR) 60%
 Harga hartanah dari RM100,000 sehingga RM500,000 sahaja
 Margin pembiayaan 100%
 Jenis hartanah : kediaman di pasaran pertama dan kedua (undercons, subsale, lelong)
 Kadar pembiayaan : mengikut Kadar Asas (BR) + spread semasa setiap bank
 Tempoh pembiayaan : sehingga 35 tahun atau sehingga umur 65 tahun (mana yang lebih rendah)
 Kriteria dan syarat terperinci tertakluk kepada pakej setiap bank yang berbeza

4- Skim Perumahan Belia BSN

 Diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional sejak 2016
 Bantuan kerajaan sebanyak RM200 sebulan sepanjang tempoh 2 tahun ke dalam akaun pembiayaan
 Pengecualian penuh duti setem RM300,000 (perjanjian jual beli dan pembiayaan)
 Kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Pembelian hartanah pertama
• Pemegang Akaun BSN Giro / Giro-i
• Berumur 21 tahun hingga 45 tahun
• Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu (CCRIS)
 Harga hartanah dari RM100,000 hingga RM500,000 sahaja
 Margin pembiayaan 100% + 5% (MRTA/T)
 Jenis hartanah : kediaman di pasaran pertama dan kedua (undercons, subsale, lelong)
 Kadar pembiayaan mengikut Kadar Asas (BR) + spread semasa BSN
 Tempoh pembiayaan : sehingga 35 tahun atau sehingga umur 65 tahun (mana yang lebih rendah)
 Tiada lock-in period pembiayaan dan penalti selesai awal
 Moratorium penjualan / pindah milik : 5 tahun

5- Skim Jaminan Kredit Perumahan

 Diperkenalkan sejak 2007
 Peruntukkan RM200 juta
 Disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) melalui Prokhas Sdn. Bhd.
 Kelayakan :
• Warganegara Malaysia
• Pembelian hartanah pertama
• Pendapatan isi rumah minima RM1,000 sebulan
• Pekerja makan gaji tetap atau bekerja sendiri tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, nelayan, pemandu teksi dan lain-lain
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Bermastautin lingkungan 20km dari cawangan bank yang dipohon
• Had DSR 65%
• Rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan terkini maksimum 2 bulan (CCRIS)
• Tiada rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini
 Harga hartanah sehingga RM300,000 sahaja
 Margin pembiayaan 100% + 5% (MRTA/T)
 Jenis hartanah : kediaman di pasaran pertama dan kedua (undercons, subsale, lelong)
 Kadar pembiayaan mengikut Kadar Asas (BR) + spread semasa setiap bank penyedia skim
 Tempoh pembiayaan : sehingga 35 tahun atau sehingga umur 65 tahun (mana yang lebih rendah)
 Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan ansuran bulanan

Disclaimer:
Tertakluk kepada kriteria dan syarat sebenar yang terkini dari sumber. Info untuk tujuan rujukan sahaja.

Kredit:
www.bnm.gov.my
www.housingwatch.my
www.srp.com.my
www.mybsn.com.my
www.sjkp.com.my
Bajet 2019, Kementerian Kewangan Malaysia

———————————————————-
🔰Anda Sedang Mencari Rumah Untuk Dibeli di Melaka?

Hanya register link dekat bawah ni dan team kami akan bantu anda.
.
► http://tinyurl.com/BorangBeliRumah

📥 Senarai Rumah Untuk Dijual
► bit.ly/Download-AplikasiZPROP

📲 KLIK: https://pmwasap.com/zpropteam
———————————————————-

INGIN JUAL RUMAH DI MELAKA?

Kami ZPROP TEAM ialah Perunding Hartanah dari IM GLOBAL PROPERTY CONSULTANT(MELAKA) yang berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia yang sah dan berpengalaman ingin membantu anda dalam urusan jual beli rumah anda. Maklumat Lanjut, Sila Hubungi (ZPROP TEAM):

Razi (REN 21181) Phone : 0197775707  WhatsApp : https://bit.ly/RaziZPROP
Farhan (REN 21182) Phone : 0126341542  WhatsApp : https://bit.ly/FarhanZPROP
Nizam (REN 21167) Phone : 01113379522  WhatsApp : https://bit.ly/NizamZPROP

X